04272017Thu
Last updateTue, 22 Nov 2016 12pm

20 polis ditahan cubaan guling kerajaan Erdogan

ANKARA 2 Sept - Pihak berkuasa Turki semalam menahan berpuluh-puluh pegawai anggota polis dalam serbuan seluruh negara ini ke atas dakwaan yang cuba menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan.

Menurut laporan stesen televisyen NTV, serbuan yang jalankan sejak awal pagi di seluruh negara termasuk Istanbul dan wilayah Izmir di barat negara ini berjaya menahan 20 anggota polis.

Waran tangkap turut dikeluarkan kepada 34 pegawai yang dituduh dengan beberapa kesalahan termasuk cuba menggulingkan kerajaan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140902/lu_03/20-polis-ditahan-cubaan-guling-kerajaan-Erdogan#ixzz3C5peZxPQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

  • Hot News

  • Top news

  • Latest News