05292017Mon
Last updateTue, 22 Nov 2016 12pm

37 kanak-kanak terkorban dalam tempoh 36 jam di Syria

BEIRUT 1 Sept. - Seramai 37 kanak-kanak terkorban dalam serangan udara di seluruh Syria dalam tempoh 36 jam lalu, kata Kumpulan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia.

Ketua kumpulan badan pemantau, Rami Abdul Rahman berkata, kematian yang paling teruk berlaku di wilayah Aleppo dan wilayah Idlib, barat laut negara ini.

Antara yang terkorban semalam termasuk lima kanak-kanak bersama lima dewasa dalam serangan bom di bandar Hobait di wilayah Idlib, manakala 20 yang lain dibunuh antara tengah malam Sabtu dan tengahari semalam dengan 17 yang lain dibunuh antara Jumaat dan Sabtu. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_01/37-kanak-kanak-terkorban-dalam-tempoh-36-jam-di-Syria#ixzz3BzwMLBFQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

  • Hot News

  • Top news

  • Latest News