11182017Sat
Last updateTue, 22 Nov 2016 12pm

Rundingan-damai-selatan-thailand-akan-jadi-agenda-nasional-

BANGKOK 25 Feb. - Kerajaan Thailand bersetuju dengan cadangan Majlis Syura Patani (MARA Patani) supaya menjadikan proses damai yang diadakan, sebagai Agenda Nasional.


Setiausaha jawatankuasa pemandu rundingan damai kerajaan Lt. Jen. Nakrob Bunbuathong berkata, perkara itu adalah antara tiga cadangan yang dikemukakan MARA Patani, badan yang memayungi enam kumpulan militan, dalam rundingannya dengan kerajaan Thailand.
"Perdana Menteri Jen. Prayuth Chan-o-cha memberi kelulusan supaya istilah 'Agenda Nsional' dimasukkan dalam Dasar Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan yang baharu sebelum dibawa kepada Dewan Perundangan Nasional untuk disahkan.
"Ia akan dicatat secara jelas bahawa menyelesaikan masalah di wilayah selatan dan rundingan damai adalah Agenda Nasional," katanya pada majlis taklimat mengenai kemajuan yang dicapai dalam rundingan damai selatan Thailand di Kelab Pewarta Asing Thailand (FCCT) di sini, malam tadi.
MARA Patani telah dimaklumkan tentang keputusan Bangkok menerima cadangannya agar rundingan damai yang diadakan atas daya usaha Malaysia, diberi status Agenda Nasional. - BERNAMA

  • Hot News

  • Top News

  • Latest News

  • English : Latest News

  • Melayu : Latest News