11182017Sat
Last updateTue, 22 Nov 2016 12pm

Pemisah Di Selatan Thailand Terus Aktif

PATTANI, 18 Ogos (Bernama) -- "Patani Merdeka", perkataan ditulis di atas jalan berhampiran tempat lima buah kamera litar tertutup (CCTV) dibakar di Yala, menunjukkan insiden itu dipercayai dilakukan kumpulan pemisah.

Ketua Polis Mukim Kota Baru, Raman di Yala Kapten Vinit Pakdivanich berkata kejadian berlaku pada pukul 4 pagi tadi.

Selain itu, empat pegawai keselamatan cedera dalam kejadian letupan bom masing-masing di Yala dan Pattani.

Pegawai penyiasat Balai polis Thanto di Yala, Kapt Pairoj Keawhothang berkata dua anggota polis cedera parah dalam kejadian pada 7.10 pagi apabila sebutir bom meletup ketika mereka sedang membuat rondaan di satu kawasan.

Ketua Polis Daerah Yarang di Pattani Pol.Kol Somboon Puangmalai berkata dua anggota polis cedera dalam satu letupan bom di Kg Pintu Mudi dalam kejadian pada 7.30 pagi.

Katanya kejadian berlaku ketika 10 orang pegawai polis sedang meronda dengan sebuah pickup dan tiga buah motosikal dan menurutnya bom buatan sendiri seberat 10kg itu diletak tepi tiang elektrik.

Selepas letupan berlaku tembak-menembak selama lima minit antara polis dan kumpulan yang melakukan letupan, kata beliau.

-- BERNAMA

  • Hot News

  • Top News

  • Latest News

  • English : Latest News

  • Thai : Latest News