04272017Thu
Last updateTue, 22 Nov 2016 12pm

Duta Sweden dipanggil Israel kerana pengiktirafan Palestin.

5 Oktober, Ahad - Duta Sweden dipanggil Israel kerana pengiktirafan Palestin.

Israel telah memanggil dan menyeru supaya duta Sweden memprotes rancangan Sweden untuk mengiktiraf negara Palestin.
Dalam satu kenyataan, Menteri Luar Israel berkata perwakilan Sweden itu telah diseru untuk hadir ke satu mesyuarat pada hari Isnin selepas Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven mengumumkan pada Jumaat lalu akan niatnya untuk memperakui negara Palestin.

Avigdor Lieberman, Menteri Luar Israel menyifatkan pada malam Sabtu lalu bahawa pengumuman Lofven itu sebagai "malang", menurut akhbar Israel Yehdiot Aharonot. "Perdana Menteri Sweden kena faham tiada pengisytiharan dan tiada langkah daripada pemain luar boleh menggantikan rundingan terus antara kedua pihak (Israel dan Palestin) dan penyelesaian yang akan menjadi sebahagian daripada perjanjian menyeluruh antara Israel dan dunia Arab keseluruhannya," kata Lieberman.

Jumaat lepas, Lofven, Perdana Menteri negara Sweden yang baru dipilih berkata, bahawa dia akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, yang menjadikan Sweden negara pertama dalam jangka masa yang lama ahli Kesatuan Eropah yang berbuat demikian.
"Konflik antara Israel-Palestin hanya akan dapat diselesaikan dengan cadangan dua buah negara (Two-state Solution), yang dipersetujui undang-undang antarabangsa, " kata Lofven kepada parlimennya pada Jumaat.

"Two-state solution memerlukan kepada pengiktirafan bersama kedua negara tersebut dan azam untuk wujud bersama secara aman. Oleh itu, Sweden akan mengiktiraf negara Palestin. " kata beliau. Keputusan itu dicapai kurang daripada sebulan selepas Demokrat Sosial Sweden - membentuk persekutuan dengan parti Greens dan Parti Kiri - dan menyapu bersih pemilihan parlimen September 14.

Segelintir negara-negara Eropah - termasuk Hungary, Poland dan Slovakia - telah pun mengiktiraf Palestin sebagai negara, tapi mereka berbuat demikian sebelum pun menyertai Kesatuan Eropah.
Lewat tahun 2012, Palestin diberikan status sebagai pemerhati bukan-ahli di PBB.

Konflik Israel-Palestin berakar semenjak tahun 1917, apabila kerajaan British dalam perisytiharan yang kini masyhur "Deklarasi Balfour", mencadangkan "penubuhan negara Kebangsaan untuk orang-orang Yahudi di Palestin."

Israel menduduki Timur Jerusalem dan Tebing Barat selepas perang Arab-Israel pada tahun 1967. Ini kemudiannya mengakibatkan kejatuhan Kota Suci Al-Aqsa pada 1980, yang didakwa rejim Zionis kononnya sebagai ibu kota negara Yahudi - langkah yang tak pernah sekali diiktiraf masyarakat sejagat.

Orang-orang Palestin pula, terus menuntut penubuhan sebuah negara yang merdeka di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, dengan Timur Jerusalem - yang mana ia kini diduduki oleh Israel - sebagai ibu kota.

Ahli Parlimen British pula ditetapkan untuk mengundi samada untuk mengiktiraf Negara Palestin pada 13 Okt ini.

Aqsa Syarif

  • Hot News

  • Top News

  • Latest News

  • English : Latest News

  • Thai : Latest News