10172017Tue
Last updateTue, 22 Nov 2016 12pm

577 Jemaah Haji Berlepas Dari Narathiwat Menuju Madinah

NARATHIWAT, 27 Ogos (Bernama) -- Seramai 577 jemaah haji dari tiga wilayah di selatan Thailand berlepas dari Narathiwat dengan dua penerbangan ke Madinah hari ini.

Penerbangan pertama membawa seramai 281 jemaah haji berlepas pada jam 10.40 pagi waktu tempatan, manakala penerbangan kedua pada 4.25 petang membawa seramai 296 jemaah haji.

Ketua Pejabat Kementerian Budaya Prof. Dr. Apinan Poisianont berkata pada tahun ini terdapat 10,400 orang jemaah haji dari Thailand yang mendapat kouta dari Saudi Arabia, dan 8,000 orang dari mereka dari wilayah di selatan.

Tahun ini terdapat 200 orang jemaah haji yang mendapat bantuan perbelanjaan daripada Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC).

Beliau berkata tahun ini juga terdapat 144 penerbangan melalui Lapangan Terbang Suvarnabhumi (5,040 orang jemaah haji), 14 penerbangan dari Lapangan Terbang Phuket (832 orang jemaah haji) dan lapan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai (2,368 orang jemaah haji).

Gen Udomdej Sitabutr, Timbalan Panglima Pejabat Keselamatan dan Ketenteraman Kebangsaan, adalah antara yang hadir menyaksikan perlepasan jemaah haji tersebut dari Lapangan Terbang Narathiwat ke Madinah, pada jam 10.40 pagi itu.

-- BERNAMA

  • Hot News

  • Top News

  • Latest News

  • English : Latest News

  • Thai : Latest News