04272017Thu
Last updateTue, 22 Nov 2016 12pm

Cedera terkena letupan bom

PATTANI (Selatan Thailand) 10 Sept. - Ahmad Abdul Karim adalah wartawan bebas di sini. Bapa kepada seorang anak dan berusia 32 tahun.

Tugasnya menyalurkan bahan berita dari tiga wilayah bergolak di sini ke 12 buah stesen televisyen, dua buah akhbar dan sebuah agensi berita antarabangsa.

Sudah 10 tahun berkhidmat. Dalam tempoh itu, tiga kali dia menjadi mangsa letupan bom. Kesemuanya ketika membuat liputan kejadian letupan bom.

Dia menjadi mangsa taktik licik 'puak penjahat' yang meletupkan bom kedua selepas letupan bom pertama yang berjaya menarik perhatian ramai di ketiga-tiga lokasi itu.

Kejadian paling mengerikan bagi Ahmad adalah letupan kedua pada tahun 2007 di Pejabat Pos Yala dekat sini yang menyebabkan dia terlantar di Hospital Yala selama sebulan.

Bagi Ahmad ketika itu maut terlalu hampir dengannya, hanya kuasa Tuhan sahaja yang menyelamatkannya.

"Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu seorang anggota polis maut manakala 13 orang awam termasuk diri saya cedera apabila bom kedua meletupkan sebuah motosikal.

"Ketika itu saya dan empat wartawan lagi sedang mengambil gambar tidak jauh dari tempat letupan pertama," katanya.

Akibat letupan itu dia cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Yala untuk rawatan.

"Allah masih sayangkan saya dan akhirnya saya kembali sembuh selepas sebulan dirawat di hospital," katanya.

www.utusan.com.my

  • Hot News

  • Top News

  • Latest News

  • English : Latest News

  • Thai : Latest News